Iman
Ya ALLAH Kau kuatkan lah hati hambamu
Kau kuatkan lah iman hambamu
Kau curahkan lah hidayahmu pada hambamu yang hina dan kerdil ini..
Ya ALLAH Kau berikan ku kekuatan untuk hadapi dugaanmu
Kau kurniakan ketakwaan pada hambamu ini
Kau tumbuhkan iman dalam dadaku
Kau kurniakanku kasih sayingMu padaku..
Ya ALLAH Kau jadikan aku hamba yang sentiasa mengigati Mu
Tiap saat nyawaku di dunia yang sementara ini
Tiap saat nadiku berdenyut
Tiap saat aku leka tika aku gembira dan sedih
Ya ALLAH Kau maha berkuasa atas segala
Kau pemilik alam ini
Kau pencipta alam ini
Kurniakan hidayahMu pada sekalian hambaMu yang kerdil ini Ya ALLAH…
selalu senyum ^_^
jom ceriakan hari dan kehidupan.. senyum seikhlas hati, orang lain turut tersenyum ^_^
Thursday, June 3, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Impian seorang mujahidah..

Wahai Hati,
Mampukah aku menjadi seperti khadijah dan aisyah??
Mampukah aku membuat pilihan antara duniawi dan abadi kelak,
setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga??
Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??
Sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu,
hentikan saja kiraan waktumu....
Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid,
kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!
hati janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid,
tetapi kejarlah cinta Penciptanya...
Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...
sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih....
Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??..
.tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...
kau perlu tabah!!
dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua...
Duhai hati...
bersabarlah...
perjalanan kita masih jauh....
bersabarlah... teruskan doamu...
hari itu akan tiba jua....
pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....
selalu senyum ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)